Rasional projek pemuliharaan dan pemindahan surau ini:

  • a) Keindahan dan kekayaan elemen seni bina Masjid Lama Kampung Teluk Memali dapat dipulihara dan dikekalkan sebagai pusat tumpuan dan kajian warisan seni bina Melayu dan daya tarikan pelancongan.

    b) Kos pembinaan secara pemindahan dan pemuliharaan adalah jauh lebih rendah dan ekonomi berbanding pembinaan secara konvensional.

    c) Tempoh pembinaan surau lebih singkat dan cepat berbanding pembinaan secara konvensional.

    d) Pemindahan dan pemuliharaan struktur bangunan lama juga menggalakkan pembangunan secara mampan, di mana penggunaan semula material binaan sedia ada di samping penggunaan material kayu lama yang mesra alam.

    e) Kewujudan surau adalah penting sebagai pusat ibadah, pembelajaran dan aktiviti komuniti di kalangan penduduk yang beragama Islam.

    f) Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan untuk pembinaan surau.
.