Seri Bougainvillea terletak di kawasan Bandar Seri Botani, dalam jarak 2 km dari Jalan Lahat-Simpang Pulai. Fasa 4 Seri Bougainvillea sebanyak kira-kira 800 buah rumah telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada tahun 2014. Selain itu, kawasan Seri Bougainvillea ini juga berdekatan dengan kawasan perumahan lain seperti Seri Margosa, Seri Tasik Botani dan Seri Teratai. Di antara kemudahan asas taman perumahan ini adalah:

a) Taman permainan kanak-kanak
b) Kawasan rekreasi Eco Park
c) Tapak stesen minyak
d) Tapak tadika
e) Tapak surau
f) Tapak medan selera





Pemandangan ke arah tapak baru dari Jalan Bougainvillea A/1, Bandar Seri Botani


Pemandangan dari tapak baru ke kawasan berhampiran


TAPAK BARU SURAU

Tapak cadangan pembinaan Surau Seri Bougainvillea adalah merupakan kawasan tapak yang telah disediakan oleh pemaju di Bandar Seri Botani. Tapak ini seluas 0.5 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Seri Bougainvillea seperti pelan tapak di bawah. Maklumat lanjut berkaitan tapak ada disertakan dalam lampiran berikutnya.


Pelan Tapak

Selain itu, memandangkan tapak asal bangunan lama ini terletak di Kampung Gajah dalam negeri Perak, pihak kami berhasrat mengekalkan lokasi baru struktur bangunan ini dalam negeri Perak, kesinambungan daripada elemen seni bina tradisional Melayu Perak yang terdapat pada bangunan ini.

Surau ini bakal dimanfaatkan oleh penduduk sekitar Taman Seri Bougainvillea. Dengan kapasiti berjumlah sekitar 100 orang jemaah, ia bakal mencukupi bagi penduduk sekitar memandangkan solat Jumaat tidak diadakan di surau ini. Ini kerana solat Jumaat diadakan di sebuah masjid berhampiran yang bakal dibangunkan untuk penduduk Bandar Seri Botani secara keseluruhannya.

Alamat lokasi tapak adalah seperti berikut:

Jalan Bougainvillea A/1,
Bandar Seri Botani,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.